Friday 30 September 2011

Kumbang , jagalah bunga yea ˆ◡ˆ



Wahai Sang Kumbang ..
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga - bungaan , 
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan , 
Kau diberi mandat membetolkan lenggokan bunga - bunga yang harum di tangan , 
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebangaan . 


Wahai Sang Kumbang ..
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri , 
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerasukan hati , 
Kerana baginya itulah satu - satunya perisai diri , 
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang & rasa taqwa kepada Ilahi (◡‿◡✿)


Wahai Sang Kumbang ..
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang , 
Janganlah sesekali kau mencemarkan bunga - bunga yang indah dipandang , 
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan ,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat & menjengkelkan . 


Wahai Sang Kumbang ..
Ingatlah kuntuman bunga - bunga ini mendambakan kehidupan abadi , 
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini ,
Ingatlah bunga - bunga ini bukan untuk santapan yang bernafsu berahi , 
Tetapi bunga - bunga ini amanah untuk kau hayati dan hargai .


Wahai Sang Kumbang ..
Kau bebas terbang dan bertaut di bunga yang kau dambakan , 
Namun perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran ,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu hadamkan , 
Semarakkanlah ia dengan baja - bajaan yang diamanahkan  


Wahai Sang Kumbang ..
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi ,
Usah bebankan hati bunga yang tidak mampu terbang tinggi , 
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci , 
Semoga Kau bisa menjadi kumbang yang sentiasa dirahmati :]

No comments:

Post a Comment